NEVER GIVE UP! YOU WILL BE FINE!

CLICK TO FOLLOW


HELLO THERE! MAY YOUR DAYS BE FILLED WITH JOY AND HAPPINESS ❤ CLICK THE GLITTER ABOVE TO FOLLOW :)

Thursday, 28 July 2016

SI TOMPOK CAFE, BANGI SENTRAL

se7engers

Hey qtpie 🍡🍘

Haaa siapa pernah dengar nama tempat ni? Siapa yang baru pertama kali dengar? Siapa pernah pergi? Siapa yang belum pernah pergi? Hehe jadinya memandangkan Rana dah pernah dengar dan pergi, Rana nak kongsi kan pengalaman Rana pergi situ. Lepas baca ni, Rana harap korg terbuka hati lah nak melawat kucing-kucing  sambil merasa makanan yang disediakan dekat situ yee 🙌💚

Rana pergi sana dengan kawan-kawan masa zaman asasi dulu. Memandangkan masa tuh asasi dah nak habis dan final pun dah dekat, masing-masing sibuk belajar dengan banyak kerja yang nak kena siapkan. Jadinya, konon nak ada kenangan sebelum berpisah Rana cari lah tempat-tempat yang best dan dekat dengan UKM Bangi sebab jimat masa huihei and terjumpalah SI TOMPOK CAFE. Rana lah yang ajak dorg pergi sana sebab Rana memang gilakan kucing sangat sambil lepak dan lepaskan stress belajar. 

Maka, kitorg yang memang pencinta kucing nih pun pergi lah masa 19/3 hari tuh dengan menaiki JOM TUMPANG yang harganya sangat murah dan akak-akak abang-abang yang drive pun peramah sangat, tak rasa janggal lah dalam kereta tuh. Masa kitorg pergi akak yang drive tuh ambik kos Forensics, kawan Rana yang memang rancang nak sambung tuh jugak sempat lah menyembang sambil kitorg pun tumpang dengar sekali sambil ambik tips-tips nak sambung degree. Memandangkan masa tuh jalan sesak maklumlah kitorg pergi waktu petang, lebih kurang dalam 15 minit baru sampai sana. Tak susah pun nak cari tempatnya, masuk lorong tuh je terus nampak papan tanda SI TOMPOK CAFE.


ALAMAT: No. 3-43-03A, Jalan Medan PB8, Bangi Sentral, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

Harga masuk ialah RM10/jam untuk dewasa manakala RM6/jam untuk kanak-kanak. Selain dapat main dengan kucing, korg jugak akan diberikan air minuman percuma. Kalau nasib untung, korg boleh duduk lama-lama dalam tuh. Macam kitorg disebabkan tak ramai orang, hampir 3 jam jugak lah kitorg melepak dekat situ. Seronok sangat belai kucing dekat situh lepaskan rindu dekat kucing kat rumah huhuhu 😂😢 Tapi yang tak bestnya, masa kitorg datang tuh kucing nya tidur jeeeeeeee, tak main sangat, jadi tak puas pun main dengan dorg. Tapi pengalaman pergi situh tetap best 😍 Kat situ korg pun boleh order makanan ada western ada masakan kampung, tapi kitorg tak try hehe.












Tapi serius memang best, tak rugi melabur duit pergi sana. Masa tuh dekat kawasan luar DECTAR UKM ada bukak gerai makanan dan minuman, jadi memandangkan dekat STC tak makan, balik tuh kitorg pun singgah menghabis duit dekat situ sambil makan bawah pokok. Belai kucing je pun tapi lapar dia macam orang tak makan setahun. Beli banyak jenuh jugak semua nak menghabiskan. Balik tuh pulak kitorg jalan kaki balik KKM, jauh gilaaaaa kononnya macam jogging tapi sebab akak JT dah pergi terpaksalah balik sendiri 😂 HAHA 





with syan, mirul, anas and tasha

Untuk maklumat lanjut, korg boleh pergi ke ⤵  SI TOMPOK CAFE
Terima kasih membaca.
Lots of love.

6 comments:

  1. huhu nak kena pergi ni, geram nengok British Shorthair yang gebu gebas tu >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe datang lab best tauuu geram tgk kucingnyaaa 😇😂😍

      Delete
  2. eee tembamnya kucing-kucing kat cafe tu XD berbaloi dengan harga dia :)

    ReplyDelete
  3. Awww, geramnya dgn kucing!

    ReplyDelete
  4. nak pergi tapi takut kucing emmm

    ReplyDelete